55 Idea Perniagaan Menjual Produk
dan Perkhidmatan di Internet

Salam sejahtera,

Soalan yang sering saya terima dari pembaca buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet adalah: "Perniagaan apa yang boleh saya mulakan di Internet?". Kumpulan 55 Idea Perniagaan ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalanan ini….

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Internet, terlalu banyak untuk disenaraikan, mudah-mudahan kumpulan 55 Idea Perniagaan ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata anda tentang kepelbagaian peluang perniagaan di Internet.

Jawapan untuk soalan "Perniagaan apa yang boleh saya mulakan di Internet?" adalah berbeza bagi setiap insan. Bagi saya, perniagaan permulaan saya adalah mereka cipta grafik (perkhidmatan) yang di mulakan pada tahun 1999.

Melalui perniagaan tersebut mebolehkan saya berjaya mencapai cita-cita saya memperolehi pendapatan RM1,000,000 pada tahun 2002. Ketika itu saya berumur 25 tahun. Sehingga kini, saya masih menjalankan perniagaan Internet tersebut oleh kerana ianya adalah minat saya sejak kecil lagi.

Bagi anda, mungkin reka cipta grafik bukan untuk anda. Mungkin bakat anda adalah dalam bidang nyanyian? Atau sukan? Atau bercucuk tanam? Atau memasak? Tidak kira apa jua bidang anda, fikirkan peluang perniagaan berkaitan dengan bidang anda yang boleh diimplementasikan di Internet.

Kumpulan 55 Idea Perniagaan ini bukan sekadar senarai laman-laman web contoh. Juga, terdapat komen dan nota untuk anda fikirkan sejenak bagaimana ia dapat diubah atau diimplimentasikan kepada industri anda.

Sebagai tambahan, apabila anda merujuk senarai yang diberikan, akan terdapat logo RahsiaInternet…

…logo tersebut menandakan "Tips" daripada saya. Berhenti sejenak dan baca tips-tips yang diberikan. Kemudian, fikirkan bagaimana ianya dapat membantu anda. Dengan berbuat demikian, secara perlahan-lahan idea akan tiba ke minda anda. Satu permintaan dari saya, apabila anda mendapat walaupun satu idea (tak kira walaupun sekecil mana), ambil pen dan kertas dan tuliskannya!

Latihan menulis idea sejurus selepas anda mendapat sesuatu idea adalah untuk memastikan anda tidak terlupa idea tersebut, tambahan, dengan menuliskannya, anda pasti akan dapat lebih banyak lagi idea untuk mengembangkan idea yang kecil itu tadi.

Akhir kata, kumpulan idea ini hanya mengandungi 55 Idea Perniagaan sahaja. Pada hakikatnya, idea perniagaan adalah TIDAK TERHAD. Apa yang sering menghadkan sesuatu idea adalah fikiran kita sendiri.

Oleh itu, bukakan fikiran dan beri peluang idea-idea perniagaan yang berkaitan dengan bidang anda bermain di ruang minda anda.

Semoga berjaya!

Irfan Khairi
www.RahsiaInternet.com

Klik untuk terus ke...
Laporan: 55 Idea Perniagaan Menjual
Produk dan Perkhidmatan di Internet
Klik di sini...


HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET