My SIFU!,

Yup! …I am very proud to call you My Sifu, Irfan. Tidak pernah terlintas oleh saya selama ini yang saya akan mempunyai seorang guru di dalam bidang perniagaan internet. Alhamdulillah! …saya amat bersyukur kerana Allah telah menemukan kita dan telah membuka hati saudara Irfan untuk membimbing saya.

Setelah sekian lama saya mencuba berniaga secara sendiri dan juga cuba mencari rezeki melalui internet tetapi saya tidak pernah berjaya. Lalu saya mulai terfikir yang sekiranya saya mahu benar-benar berjaya dan pergi jauh, saya amat memerlukan bimbingan dari seseorang...

Sebenarnya telah bertahun-tahun saya berdoa kepada Allah s.w.t dan sembahyang hajat memohon agar Tuhan menemukan saya dengan seseorang yang dapat membimbing saya ke arah setinggi-tinggi kejayaan di dalam perniagaan online maupun offline. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa pada 3 bulan yang lalu, Allah telah menunaikan hajat saya. Dan dia telah membuka pintu hati saya untuk menyertai workshop Rahsia Internet dengan hanya sekali melayari websitenya dan dengan hanya sekali baca.

Syukur kepada Tuhan sekali lagi, kerana di situlah Allah telah menemukan saya dengan saudara Irfan yang sekarang saya anggap Sifu saya. Kini, dengan pertolongan yang jitu dan bimbingan yang padat dari Sifu, akhirnya saya telah berjaya mempunyai perniagaan online, www.halalgelatine.com Dari perniagaan website ini saya telah mendapat banyak pesanan untuk membeli gelatin halal dari seluruh pasaran tempatan dan juga luar negara seperti Indonesia, England dan terbaru dari Brunei. Dan saya tersangat yakin perniaggaan online saya ini akan bertambah maju lagi selepas ini.

Saya rasa diri saya sangat bertuah kerana Sifu telah mencurahkan berbagai maklumat yang tepat dan tidak pernah saya ketahui tentang internet sehinggakan websites saya berada di dalam top 5 di setiap search engines utama. Malah, Sifu juga telah banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan saya sehingga websites saya juga telah dapat menaikkan jualan di kedai Halagel yang diusahakan bersama kakak saya Pn Siti Zawiah (Kak Nor).

Dengan kejayaan di dalam waktu yang agak singkat ini, pihak syarikat Halagel yang mengeluarkan produk kami juga turut kagum dan berbangga dengan komitment kami menyediakan website yang berkualiti tinggi dan benar-benar fokus terhadap produk mereka. Sekali lagi saya bersyukur dan teramat berterima kasih pada Sifu Irfan Khairi dan krew Rahsia Internet kerana telah membimbing saya membuat website yang sangat bagus itu.

Sekali lagi, beribu-ribu terimakasih yang tak terhingga pada Sifu. Kerana Sifulah saya dan Kak Nor berjaya sejauh ini.Tambahan pula kini, kami berdua telah diminta oleh pihak pengurusan Halagel untuk menjadi sebahagian daripada jurucakap produk mereka. Dan ini semua adalah hasil dari kejayaan kami menjual di online dan juga offline dengan jayanya.

Akhir kata, jasa Sifu hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya. Di sini saya hanya boleh memanjatkan doa agar saudara Irfan sekeluarga sentiasa diberkati Tuhan dan selalu dimurahkan rezeki. Insya-Allah.

Razzi Rahman
Ceo, Halal Gelatine Hub
INTERNATIONAL
http://www.halalgelatine.com


Klik di sini untuk maklumat lanjut
Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi

 

"Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"

Razzi Rahman, salah satu peserta Workshop Jutawan Internet telah mengambil peluang ini memasarkan produk berteraskan Islam ke seluruh dunia. Laman webnya, www.halalgelatine.com kini mendapat pesanan dari negara-negara luar di samping itu, beliau juga telah dipilih menjadi jurucakap rasmi bagi produk Halagel!

Workshop Jutawan Internet bukan sahaja membantu peserta mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet sahaja, tetapi konsep minda Jutawan yang ditunjukkan turut membantu kejayaan bukan Internet juga.

Kami amat berbangga dengan usaha Razzi dan Kak Nor selepas meyertai Workshop Jutawan Internet. Doa kami untuk kejayaan mereka yang lebih cemerlang seterusnya!


"Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"
Majalah i, Julai 2006 (Majalah Islamik terbitan Kumpulan Karangkraf)
Figur: Temuramah Irfan Khairi

Klik di sini untuk maklumat lanjut
Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi


HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET