Statistik Pengguna Internet Sedunia

Jumaat, 9hb April 2010
11:50am

Salam sejahtera,

Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.

Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan laman web yang anda sedang layari ini, RahsiaInternet.com hanya berharga RM13 sebulan (YA! tiga belas ringgit sebulan), namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Bolehkah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari?

Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!

Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!


Jumlah Pengguna Internet Dunia

Benua Jumlah Pengguna Internet
Asia 764,435,900
Afrika 86,217,900
Eropah 425,773,571
Timur Tengah 58,309,546
Amerika Utara 259,561,000
America Selatan / Caribbean 186,922,050
Oceania / Australia 21,110,490
JUMLAH 1,802,330,457

Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran

Negara Jumlah Pengguna Internet
Malaysia 16,902,600
Singapura 3,370,000
Brunei 217,000
Indonesia 30,000,000

Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2010 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:

  • Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.

  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010.

    Ini menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah lebih mudah!

Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 17 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (30 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 50 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!

Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu hampir 2 billion? Dan anda mempunyai akses untuk menjalankan perniagaan dengan hanya RM13 sebulan!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!

Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!

Berbagai-bagai peluang perniagaan terdapat di Internet. Sebagai permulaan, kami telah mengumpul 55 Idea perniagaan di Internet.

Untuk mengikuti laporan 55 Idea Perniagaan Menjual Produk dan Perkhidmatan di Internet, sila klik di sini.

Semoga laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan di Internet.

Salam hormat,

Irfan Khairi
www.RahsiaInternet.com

Klik untuk terus ke...
Laporan: 55 Idea Perniagaan Menjual
Produk dan Perkhidmatan di Internet
Klik di sini...

 

HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET