Saya telah membuat bayaran, tetapi masih tidak menerima confirmation. Mengapa?


Bagi pendaftaran online melalui kad kredit, anda akan menerima confirmation bayaran dalam beberapa minit selepas membuat bayaran. Confirmation bayaran tersebut sudah cukup untuk menetapkan kedudukan anda di Workshop Jutawan Internet. Confirmation tersebut mengandungi "Order Transaction ID". Kami akan menghantar maklumat lanjut kepada anda dalam masa 2 hari bekerja selepas pendaftaran.

Bagi pendaftaran melalui bank in, kami akan menghantar maklumat lanjut kepada anda dalam masa 1 minggu selepas menerima fax bank-in slip daripada anda. Namun begitu, anda tidak perlu risau oleh kerana tempat anda sudah pun ditetapkan untuk Workshop Jutawan Internet sejurus selepas anda telah bank-in yuran workshop dan fax kepada kami bank in slip anda.

Bagi pendaftaran melalui cek, kami perlu menunggu sehingga cek tersebut dilepaskan oleh pihak bank. Ini mungkin mengambil masa 3-4 hari selepas kami menerima cek anda. Namun begitu, anda tidak perlu risau oleh kerana sejurus selepas anda SMS kami dengan maklumat bahawa anda telahpun mengirimkan cek, kami akan reserve tempat anda.

Confirmation akan dihantar melalui email. Pastikan anda memberi e-mail yang betul kepada kami ketika mendaftar.

Jikalau anda tidak menerima sebarang confirmation dalam masa 1 minggu, E-mail kami bersamaan dengan:

  • nama
  • cara bayaran
  • tarikh bayaran
  • tarikh workshop yang didaftar

...untuk status anda. E-mail: info@rahsiainternet.com. Dengan menghantar email bersamaan dengan maklumat di atas, kami dapat memastikan alamat e-mail yang anda beri ketika pendaftaran adalah betul.

*Kami sering mendapat email bounce dari pada email tm.net dan juga streamyx. Sekiranya anda menggunakan email tm.net atau streamyx dan tidak menerima confirmation, email kami menggunakan email alternatif. Terima kasih.

 


Adakah jawapan ini dapat membantu anda?




 

HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET