Statistik
Pengguna Internet Sedunia
Jumaat,
9hb April 2010
11:50am
Salam
sejahtera,
Semenjak
tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan
peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh
dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia,
semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang
ada.
Namun,
juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di
Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah
tentu, jumlah ini amatlah besar.
Kos
menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai
contoh, kos menjalankan laman web yang anda sedang layari ini, RahsiaInternet.com
hanya berharga RM13 sebulan (YA! tiga belas ringgit sebulan),
namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Bolehkah sebuah kedai
mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung
sehari?
Itu
lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan
yang luas!
Semoga
statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata
anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!
Jumlah
Pengguna Internet Dunia
Benua |
Jumlah
Pengguna Internet |
Asia |
764,435,900
|
Afrika |
86,217,900
|
Eropah |
425,773,571 |
Timur
Tengah |
58,309,546
|
Amerika
Utara |
259,561,000
|
America
Selatan / Caribbean |
186,922,050
|
Oceania
/ Australia |
21,110,490 |
JUMLAH |
1,802,330,457 |
Jumlah
Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
Negara |
Jumlah
Pengguna Internet |
Malaysia |
16,902,600
|
Singapura |
3,370,000
|
Brunei |
217,000
|
Indonesia |
30,000,000
|
Ringkasan
Statistik
Statistik
tahun 2010 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan
Internet secara keseluruhan:
- Pengguna
Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457
pengguna mengikut Internet World Stats.
-
Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah
sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah
66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor
dan Pulau Pinang.
- Sejak
tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet
di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik
ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah
dengan kadar yang amat pantas.
- Internet
World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet
di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet
di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6
juta pengguna) pada 2010.
Ini
menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi
kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah
lebih mudah!
Laporan
penggunaan bahasa di Internet
Bahasa
Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada
17 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC). Bahasa
Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran
termasuk Indonesia (30 juta pengguna), 15% daripada pengguna
Internet Singapura (menurut ITU), pengguna Internet di Brunei
juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa
Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan
pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 50 juta pengguna
Internet!
Bahasa
Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan
sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara
membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut
mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan
kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.
|
Saya
harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa
luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia.
Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan
38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan
ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya
tidak!
Bagaimana
pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu hampir 2
billion? Dan anda mempunyai akses untuk menjalankan perniagaan
dengan hanya RM13 sebulan!
Setiap
tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar
dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai
perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan
pasaran di Internet!
Sekiranya
anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan
di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan
berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!
Berbagai-bagai
peluang perniagaan terdapat di Internet. Sebagai permulaan, kami
telah mengumpul 55 Idea perniagaan di Internet.
Untuk
mengikuti laporan 55 Idea Perniagaan
Menjual Produk dan Perkhidmatan di Internet, sila klik di sini.
Semoga
laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang
perniagaan di Internet.
Salam
hormat,
Irfan
Khairi
www.RahsiaInternet.com
Klik
untuk terus ke...
Laporan: 55 Idea Perniagaan Menjual
Produk dan Perkhidmatan di Internet
Klik di sini...
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN
INTERNET
|