Idea 41-55

http://www.pimsleurapproach.com
Menjual CD dan audio kaset belajar bahasa Mandarin. Apa kata gunakan idea ini untuk menghasilkan produk belajar berbahasa Malaysia? Berbahasa Indonesia? Berbahasa Siam?

http://www.learntodo.co.uk
Kursus online cara menggunakan cat air. Laman web yang dicipta oleh guru seni lukis.

http://www.draw-cartoons-today.com
Pelajari cara melukis kartun di Internet. Anda boleh memindahkan kepakaran anda melalui Internet dan menjana pendapatan melaluinya.

http://www.knittingtips.com
Kursus menjahit melalui email. Email juga boleh menjadi pengantara perniagaan anda- kursus menjahit melalui email? Kursus bahasa melalui email? Kursus belajar memasak melalui email?

http://www.purina.ca
Menjual produk untuk haiwan peliharaan. Khas bagi mereka yang sayangkan haiwan peliharaan.

http://www.rent-a-villa-in-tuscany.com
Laman web ejen hartanah di Tuscany. Dipenuhi dengan maklumat-maklumat mengenai Tuscany sebagai tempat pelancongan.

http://www.aboveblack.com
Menjual buku mengenai makhluk asing ?!

http://llcheongskin.com
Laman web sebagai penarik prospek kepada klinik kulit Cheong.

http://www.decorate-redecorate.com
Menjual pakej menghias dalaman rumah. Lakukan perhiasan dalam rumah dengan sendiri.

http://www.maskahwin.com
Menjual buku "Mas Kahwin Yang Hilang" di Internet. Anda mempunyai buku tempatan yang anda minati? Apa kata anda mencari penerbitnya, beli dari penerbit pada harga diskaun, kemudian jualkan buku tersebut di Internet! Satu model perniagaan yang mudah.

http://www.millionairesplanet.com
Laman web Azizi Ali mempromosikan perkhidmatannya sebagai penulis buku dan speaker untuk seminar-seminar yang dijalankan. Sekiranya anda seorang pakar industri anda, pastikan Internet menjadi medium promosi anda.

http://www.gotlogos.com
Menjual perkhidmatan reka cipta logo. Sekiranya anda seorang pereka grafik, terdapat berbagai peluang perniagaan yang melibatkan reka cipta grafik.

http://www.zoncom.com
Perkhidmatan videographer - mengambil video clip untuk majlis perkahwinan, konvo, seminar dan sebagainya…

http://www.taichibreathing.com
Menjual program mengajar teknik tai-chi. Model perniagaan ini boleh diimplementasikan dengan teknik-teknik meditasi yang lain.


Berikut adalah 55 idea perniagaan. Jangan lupa, idea perniagaan adalah tidak terhad- apa yang menghadkan idea adalah fikiran anda sendiri.

Di Malaysia masih terdapat pelbagai ruang kosong lagi untuk perniagaan di Internet. Lihat sahaja senarai di atas- kebanyakannya adalah untuk pengguna barat. Apa kata anda mencari idea dari barat, dan implementasikan kepada masyarakat dan persekitaran Malaysia.

Seperti, seni pertahankan diri Malaysia, resepi masakan Malaysia, mengajar bahasa Malaysia, bercucuk tanam tumbuhan-tumbuhan Malaysia dan sebagainya.

Ataupun, guna idea-idea perniagaan yang timbul di negara barat, dan implementasikannya untuk pasaran tempatan - mungkin menggunakan bahasa Malaysia. Contoh, laman web mengajar bermain piano berbahasa Malaysia, atau mengajar bermain gitar berbahasa Malaysia, atau bermain badminton berbahasa Malaysia dan sebagainya!

Ruang perniagaan di Malaysia amat luas - di Malaysia sahaja hampir 17 JUTA pengguna Internet. Ya… 17 JUTA. Dengan langkah perniagaan yang bijak, anda boleh memenuhi kekosongan yang sedia ada di Malaysia!

Sudah mendapat idea? Lawati RahsiaInternet.com untuk cara bagaimana kami dapat membantu anda- melalui buku #1 laris di pasaran "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" atau melalui kursus kami yang sering sold-out "Workshop Jutawan Internet oleh Irfan Khairi".



Pesanan penutup Irfan Khairi…

WOW!

Banyak betul peluang perniagaan di Internet yang boleh dilakukan. Dengan membaca semula apa yang dikumpulkan, saya sendiri telah mendapat berbagai-bagai idea perniagaan untuk di implementasikan!

Saya harap, anda juga begitu… mendapat berbagai-bagai idea di atas kertas yang anda telah catitkan dari tadi. Hmmm… saya tahu, tak semua yang mencatit nota seperti permintaan saya di mukasurat 2 tadi :)

Tidak mengapa… menurut kajian, cuma 2% sahaja dari pembaca yang benar-benar akan menulis idea yang datang difikirannya. Yang selebihnya 98%, hanya akan fikirkan idea tersebut. Asalkan fikiran anda sarat dipenuhi dengan idea perniagan- semuanya OK!

Jadi, apakah langkah anda seterusnya selepas mendapat IDEA?

Ada juga komen kenalan kepada saya berbunyi…

"Irfan… awak ni sering menceritakan idea perniagaan kepada orang ramai dan peserta kursus. Tak takut ke orang curi idea awak?"

Sebenarnya, IDEA adalah sesuatu yang tidak ada nilai. YA. Ianya tiada nilai apa-apa. Bak kata orang, 1 sen pun tak laku…

IDEA akan menjadi nilai yang tidak terhingga cuma apabila terdapat implementasi yang BETUL kepada idea tersebut. Sebab itu juga, di dalam undang-undang, seseorang itu tidak boleh mendaftar HAK CIPTA keatas sesuatu IDEA yang belum diimplementasi.

55 Idea Perniagaan yang anda baca hanya sekadar idea. Anda perlu menjadi penggerak kepada idea yang anda janakan untuk betul-betul meraih nilai dari idea tersebut.

Masih terdapat banyak ruang kosong dari sudut peluang perniagaan di Internet terutamanya di Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan anda adalah antara terawal meraih peluang ini dalam industri anda.

Jangan leka sehingga pesaing anda meraih keuntungan terlebih dahulu. Sekiranya anda mengamalkan sikap tunggu dan lihat sehingga pesaing anda memasuki perniagaan Internet, anda mungkin terlewat. Pesaing anda itu yang akan mendapat keuntungan yang besar dengan mengambil pasaran utama.

Dalam industri apa sahaja pun, perniagaan yang "mengikut" perniagaan lain, tidak akan berjaya meraih untung sebanyak perniagaan yang pertama sekali mendapatkan pasaran terbesar. Rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar "Rahsia #6: Pertama Dan Memasuki Fikiran Pengguna" (mukasurat 60).

Oleh itu, anda perlu mengambil langkah pertama untuk mengimplementasikan idea perniagaan anda. Gunakan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang penuh dengan informasi untuk membantu anda. Buku laris #1 di pasaran Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar kini menjadi antara buku ilmiah paling laris terjual di Malaysia. Terima kasih kepada anda yang memberi sokongan! Untuk membeli buku tersebut secara online, klik disini.

Sebagai tambahan, untuk memepercepatkan implementasi idea perniagaan Internet anda di landasan yang betul serta kaedah-kaedah yang boleh memberi anda daya saingan yang HEBAT berbading dengan pesaing anda, Workshop Jutawan Internet pasti akan dapat membantu anda.

Apa yang anda (dan saya) tidak mahu adalah, apabila anda menjalankan IDEA perniagaan ANDA, tetapi dengan CARA YANG SALAH. Kemudian, pesaing anda MENCURI IDEA anda dan menjalankannya dengan CARA YANG BETUL di Internet. Akhir sekali, keuntungan akan dikaut oleh pesaing anda- dan bukannya anda!

Workshop Jutawan Internet akan memberi keyakinan kepada anda dengan memberi kaedah-kaedah yang digunakan oleh jutawan-jutawan Internet dalam memulakan dan menjalankan perniagaan di Internet dengan CARA YANG BETUL.

Untuk maklumat lanjut Workshop jutawan Internet:

Sehingga kita berjumpa lagi, salam hormat dan saya doakan kejayaan anda tidak kira di Internet ataupun bukan Internet!

Semga berjaya,

Irfan Khairi
RahsiaInternet.com


HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET