Berita Harian 
               
              "Irfan 
              jadi jutawan muda berniaga guna Internet" 
              Siswazah menganggur boleh ceburi perniagaan berasaskan 
              ICT
             Memperoleh 
              keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda 
              menjadi impian setiap insan. 
             Jika anda mengenali 
              pengasas laman lelongan menerusi imternet yang dikenali Ebay, Pierre 
              Omidyar yang menjadi jutawan dalam usia belum pun mencecah 30 tahun. 
             Berikutan kejayaan 
              Omidyar jugalah mendorong anak muda tempatan lulusan sarjana muda 
              reka cipta multimedia dari universiti Staffordshire, United Kingdom, 
              Irfan Khairi, 28, menceburi perniagaan sendiri di internet. 
             Pengalaman 
              luas sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet di 
              salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] di Netmedia [UK] Ltd, 
              Birmingham, Irfan memanfaatkan peluang itu dengan memulakan jaringan 
              perniagaan di internet. 
             'Pada asalnya, 
              saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan 
              permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi 
              tumpuan terhadap perniagaan ini. 
             'Bermodalkan 
              hanya RM500, laptop dan akses internet, saya menubuhkan perniagaan 
              laman web Idea Bubble'. 
             'Selepas tiga 
              tahun, saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta 
              tanpa pekerja dan peralatan Komputer Canggih.' Katanya kepada Berita 
              Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 
             Irfan berkata 
              kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri menjadi kunci kejayaan 
              beliau yang turut disokong keluarga. 
             Sehingga kini, 
              Irfan telah memberi perkhidmatan kepada lebih 3,000 pelanggan di 
              seluruh negara. 
             Ditanya mengenaai 
              perniagaan internet, Irfan berkata konsepnya lebih luas kerana memperoleh 
              pelanggan dari seluruh negara. 
             'Kemudahan 
              internet sebenarnya memberi potensi cukup luas dalam memperluaskan 
              perniagaan dan kita boleh berniaga apa sahaja di luar sana. 
             'Jenis perniagaan 
              itu pula bebas asalkan mendapat permintaan pelanggan,Saya memilih 
              menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web, grafik, e-BOOK, perunding 
              multimedia, e-Niaga, pembelajaran dan terbaru menceburi bidang pelancongan,' 
              Katanya. 
             Katanya, perniagaan 
              itu sesuai diceburi golongan siswazah menganggur kerana mereka mempunyaai 
              pelbagai kepakaran dalam bidang yang boleh diniagakan menerusi internet, 
              asalkan mereka celik IT, mempunyaai peralatan komputer dan kemudahan 
              internet. 
             Irfan juga 
              tidak lokek berkongsi kejayaan malah menulis buku bertajuk Rahsia 
              Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar kepada oreng ramai yang berminat 
              mempelajari teknik berkesan untuk membina perniagaan internet. 
              
             
            HakCipta 
            terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn 
            Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di 
            cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran 
            pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN 
            INTERNET  
              |