E-Siswa
"Ikon
Jutawan Perniagaan Siber"
Penglibatan
Awal Bergelar Jutawan
Sekali imbas,
pemuda kelahiran Perak ini cukup ringkas penampilannya. Memasang
niat sejak berusia 18 tahun untuk bergelar jutawan kini menjadi
nyata. Menurut Dr. Irfan, beliau memang seorang yang bermotivasi
dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum
berusia 30 tahun.
Menyorot kisah sebelum memegang status jutawan, beliau pernah menuntut
di Institut Teknologi Mara(kini Uitm) dalam bidang yang kurang diminatinya
iaitu ekonomi. "Minat saya sebenarnya lebih kepada seni rekaan. Lepas
tamat belajar di Uitm, saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke
Britain dalam bidang multimedia, " akuinya yang begitu lemah
dalam bidan figura.
Seusia awal
20 tahun, beliau menemui satu konsep yang amat mudah dan telah lama
diaplikasikan di negara Barat iaitu e-commerce gabungan perniagaan+Internet. Sejak
itu, beliau menggabungkan minatnya yang gemar akan penggunaan Internet
dan perniagaan sebagai satu platform untuk membina kerjaya. Selepas
tamat pengajian ijazah pertamanya di UK, beliau ditawarkan berkhidmat
di salah sebuah syarikat teknologi maklumat(IT) terbesar di Birmingham
iaitu Netmedia(UK) Ltd sebagai pereka system dan perunding Internet. Beliau
bertanggungjawab mereka cipta system pembelajaran Internet untuk
sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid dan digunakan
oleh lebih 5, 000 buah sekolah di Britain.
Namun, Dr Irfan
ternyata tidak puas dengan pencapaian tersebut. Pada tahun kedua
bekerja di syarikat berkenaan, beliau memulakan perniagaan Internet
yang beroperasi dari kediamannya secara sambilan. Dalam tempoh setahun
setelah beroleh pendapatan lebih lumayan, beliau mengambil keputusan
berhenti kerja dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada perniagaannya. Akhirnya
dalam tempoh tiga tahun melibatkan diri dalam perniagaan Internet,
anak muda ini berjaya mengumpul untung bersih RM1 juta dalam usia
25 tahun.
Teknik Perniagaan
Untuk bergelar
jutawan tidak semudah yang disangka. Namun "di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan". "Ketika berusia 18 tahun, saya sudah
mula membaca kisah orang-orang yang berjaya menjadi jutawan dalam
perniagaan mereka. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Ramai yang beranggapan
duit boleh dimiliki dalam sekelip mata, hanya goyang kaki dan di
rumah dan duit boleh masuk ke akaun bank. Saya tidak begitu, sejak
dari dahulu saya bekerja mendisplinkan diri malah turut menghabiskan
masa yang berjam-jam lamanya di hadapan computer. Dari situ, saya
memulakan perniagaan yang meliputi perkhidmatan reka bentuk laman
sesawang, e-book, grafik, logo, perkhidmatan SEO (Search Engine
Optimization), perunding Multimedia, E-Niaga, kaedah pembelajaran,
dan sebagainya. Saya juga memasukkan buku-buku sebagai produk yang
diniagakan termasuk buku yang saya tulis, Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet Terbongkar, " terang Dr Irfan. Pada peringkat awal pembabitannya,
beliau berjaya menjual enam rekaan sehari yang memberikannya pendapatan
hamper RM3, 000 setiap hari.
Ternyata perniagaan
beliau sangat meluas biarpun tidak memiliki pejabat secara formal. Segalanya
bermula dari kediaman miliknya sehingga liputan pelanggannya terdiri
dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, UK, Eropah sehingga
ke negara Timur Tengah. Lebih menguntungkan, beliau juga tidak perlu
mengeluarkan wang untuk menyewa atau membeli sebarang premis.
"Terdapat
banyak kelebihan berniaga di Internet, kosnya amat rendah dan saya
hanya perlu membayar sewa bulanan yang dikenali sebagai web hosting
dalam lingkungan RM15 sahaja. Dengan hanya berada di rumah atau berkonsepkan
SOHO(Small Office Home Office) perniagaan saya tetap bergerak. Dalam
masa yang sama juga saya tidak perlu bergegas ke pejabat atau berhadapan
dengan kesesakan lalu lintas. Tetapi perniagaan saya tetap merentas
ke seluruh sempadan dunia, " cerita beliau bersungguh-sungguh.
Ubah Tanggapan
Masyarakat
Perniagaan dengan
menggunakan Internet sebagai medium penyebaran barangan dan perkhidmatan
mungkin masih baharu di negara kita. Pada peringkat awal diperkenalkan
agak sukar untuk mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tetapi perkembangannya semakin memberangsangkan sejak belakangan
ini.
"Sekembalinya
saya di tanah air untuk memulakan perniagaan melalui Internet ia
agak janggal. Tetapi saya percaya sekiranya kita memberikan sesuatu
yang terbaik kepada pelanggan sudah pasti pulangannya juga adalah
yang terbaik. Kepercayaan pelanggan tidak boleh dijual beli. Oleh
sebab itu tiada jalan pintas untuk berjaya. Berusaha dengan ikhlas
menjual barangan dan membantu pelanggan, sudah pasti kita beroleh
kepercayaan. . Kepada masyarakat di luar sana atau sesiapa yang ingin
menceburi bidang perniagaan Internet ini anda harus terlebih dahulu
membuat kajian atau meneliti sejauh mana kebenaran sesuatu perniagaan
itu. Jangan terburu-buru membuat tanggapan atau mempercayainya. Berlandaskan
keikhlasan dan sabar dalam perniagaan, ternyata kini sudah sepuluh
tahun berkecimpong dalam bidang ini, " akuinya yakin.
Harapan
Biarpun usianya
masih muda, wang tidak lagi menjadi keutamaan dalam hidup beliau. Asas
perniagaan Internet sudah sebati dalam dirinya. Tetapi hasrat dan
harapannya ingin membuka ruang kepada masyarakat terutamanya golongan
remaja agar bijak mencari peluang untuk membina masa depan yang
cemerlang. "Buat masa ini, saya dalam proses menyiapkan buku
berjudul Jutawan Bersama Irfan Khari. Harapan saya semoga buku ini
bakal menjadi rujukan kepada mereka yang ingin menjadi jutawan. Dalam
masa yang sama juga ilmu adalah akar kepada setiap kejayaan yang
bakal kita miliki. Tanpa ilmu kita mungkin tidak mampu melangkah
lebih jauh ke hadapan. Berasaskan ilmu juga kita dapat mempelbagaikan
usaha dan ikhtiar untuk mencuri peluang yang ada dalam perniagaan. Kepada
pembaca di luar sana anda harus percaya ilmu adalah segala-galanya. Untuk
berjaya hingga ke tahap ini saya perlu banyak berfikir, berasa gembira
dengan kerja yang saya lakukan dan jangan sesekali bekerja di bawah
tekanan, " cerita Dr. Irfan mengakhiri bicara.
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet. com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN
INTERNET
|