Konsep
"Tidak
gemar membaca akhbar!"
Meskipun
koleksi lebih 400 buah buku di perpustakaan rumah, Irfan mengakui
bahawa beliau jarang membaca akhbar. Bliau telah mengambil keputusan
untuk tidak membaca akhbar atau menonton berita sejak berusia 20
tahun. Menurutnya, akhbar atau berita lebih gemar memaparkan sesuatu
yang negative berbanding perkara positif. Media massa kini lebih
gemar menekankan isu-isu "gempar" untuk menarik pembaca
tanpa memikirkan kesan sampingannya. "Kisah Sufiah yang digembar-gemburkan
sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan saya. Kisah negative ini memang
menjadi tumpuan tetapi secara tidak langsung memberi impak buruk
kepada remaja. Mungkin mereka fakir mudah mendapat duit dengan melakukan
maksiat, " Irfan menambah.
KAYA. . POPULAR
Mana
satu pilihan kita?
Memetik tips
yang diberkan oleh Noor Irfan Khairi Azmi atau lebih dikenali sebagai
Irfan Khairi, "Mahu popular perlu keluar dari mainstream, ketengahkan
sesuatu yang mengejutkan dan sampaikan mesej yang sama berulang
kali. "
Mengambil contoh Faizal Tahir, bapa kepada tiga anak ini menyebut
bahawa penerima Anugerah Industri Muzik 15(AIM) itu telah mengaplikasi
tips untuk popular secara tidak langsung. Faizal Tahir dilihat telah
keluar dari 'mainstream' di mana beliau muncul sebagai penyanyi
rock solo di Malaysia sedang rock Malaysia(dan juga Indonesia) sering
dikaitkan dengan band/berkumpulan. Selain itu, penyanyi lagu Mahakarya
Cinta ini turut mengetengahkan sesuatu yang mengejutkan. Aksi stunt
"Superman" Faizal Tahir pasti kan diingati sampai bila-bila. "Rock-Rock-Rock-Rock-Superman-Superman-Superman. "Beliau
juga menyampaikan mesej yang sama berulang kali!.
Sewaktu
ditemui, Duta Malaysian Independent Business Ownership(MIBO) ini
baru pulang dari menyampaikan talk dan workshop (Workshop Jutawan
Internet) di Sabah dan Brunei. Menurut Irfan, selain menjalankan
perniagaan internet, beliau turut mengadakan ceramah motivasi perniagaan
internet disamping motivasi membina kecemerlangan diri. Sasaran peserta
adalah golongan remaja dan dewasa di mana ceramah Irfan banyak dihadiri
oleh pelajar dan lepasan universiti serta golongan korporat. Jangan
tak tercaya jika dikatakan bahawa ada yang sanggup melabur sehingga
RM15, 000 untuk menyertai bengkel yang dianjurkan. Mereka yang terlibat
terdiri daripada para jutawan yang mahu belajar membawa perniagaan
yang sedia ada ke internet.
Irfan Khairi
yang mencapai status jutawan internet pada usia 25 tahun ini telah
berjaya merealisasikan impiannya untuk bergelar jutawan sebelum
berusia 30 tahun. Perasaan gembira yang tidak dapat diungkapkan. Bukan
gembira memiliki duit yang banyak tetapi atas kejayaan mencapai
matlamat yang diidamkan. Segala penat lelah membuahkan hasil. Pengorbanan
masa dan tenaga tidak sia-sia. Irfan Khairi bukanlah jutawan segera
yang menjadi kaya sekelip masa.
Berpendapat
bahawa wang yang dimiliki perlu digunakan untuk "protect"
diri dan bukan bertujuan bermegah-megah
Melihat kepada fenomena
masa kini, banyak yang sanggup menghabiskan duit untuk nampak mewah
dengan rumah dan kereta besar. Sayangnya, kelak berdepan dengan hutang
yang bertimbun. Bagi Irfan kesederhanaan itu penting. Tidak perlu
membeli rumah dan kereta berjuta-juta. Perlu ada "backup"
dan berpada-pada dalam kehidupan. Tidak salah mendapatkan sesuatu
yang lebih baik apabila sudah punya "extra money" tetapi
berbelanja tanpa memikirkan hari mendatang adalah satu kesilapan.
Mengorek rahsia
kejayaan Irfan, beliau menyebut bahawa keyakinan diri itu penting
untuk berjaya. Takut gagal menjadi penyebab banyak masyarakat Melayu
tidak sanggup melabur untuk memajukan diri. Apabila disemak kembali,
ia berpunca daripada kurangnya keyakinan diri. Terasa berada di belakang
bangsa lain menyebabkan semangat menjadi semakin luntur. Akhirnya,
mereka "give up" dan "demotivated" untuk ke
hadapan.
Bapa kepada
Ilhan Abadi ini menambah, kayakinan diri itu berada dalam diri sendiri. Banyakkan
berkata, "Kita boleh buat!". Ungkapkan berkali-kali di
samping doa yang tidak putus. Dari situ, dapat memupuk dalam diri
bahawa kita boleh lakukannya. Di samping itu, perlu diingat bahawa
Allah dan orang sekeliling ada untuk membantu kita menggapai kejayaan. Hasilnya,
daripada tidak boleh lakukan, kita pasti boleh!
Pengkagum Amy
(Search) ini turut menyebut bahawa untuk berjaya, perlu ada minat
dan dilakukan bersungguh-sungguh. Angan-angan Mat Jenin akan datang
apabila melakukan sesuatu tanpa minat. Semangat mungkin hadir pada
awalnya tetapi luntur apabila tidak mencapai matlamat. Pernah mendapat
hanya tiga orang pelanggan pada tahun pertama perniagaan internetnya,
Irfan tidak pernah kenal erti putus asa. Mengapa?Kerana minat yang
mendalam. Melihat kelemahan dari sudut promosi dan pemfokusan, Irfan
terus mengorak langkah membaiki kesilapan dengan mengatur strategi
yang sepatutnya.
Mendirikan rumah-tangga
dengan Shazrina Mohd Yusof pada usia 24 tahun, Irfan turut mempunyai
matlamat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan masyarakat umum melalui
buku-buku dan blog tulisannya(bukan mahu jadi kaya sahaja!). Di samping
itu, Tabung Derma Yayasan Ilham Budi turut ditubuhkan pada Oktober
2007 untuk membantu menjayakan aktiviti Yayasan Ilham Budi dalam
pembangunan modal insan. Kagum dengan Tan Sri Syed Mokhtar, Irfan
mahu menjadi seperti idolanya, "Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar
mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?"
Irfan yang tamat
pengajian di Universiti Staffordshire telah menerima tawaran bekerja
di Netmedia (UK) Ltd (salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham)
di samping bekerja sambilan sebagai tukang cuci tandas di pasar
raya UK. Di sana, beliau telah diberi kepercayaan untuk membangunkan
system pembelajaran internet untuk dinamakan "Learning Grid"
untuk sekolah-sekolah di United Kingdom.
Agak pelik!
Mempunyai kepakaran
dalam multimedia dan teknologi maklumat. Membangunkan system pembelajaran
kepada lebih 5, 000 buah sekolah di negara maju tetapi tidak memberi
sumbangan kepada negara sendiri. Rasa "rugi" kerana tidak
mengaplikasi ilmu yang ada di sini. Lebih-lebih lagi beliau melanjutkan
pelajaran ke luar negara atas tajaan kerajaan Malaysia(JPA). Namun,
sehingga ke hari ini masih belum ada yang "propose" Irfan
Khairi untuk berbuat demikian. Maka, kini beliau lebih menumpukan
perhatian terhadap perniagaan internet yang dijalankan.
Menjadikan keikhlasan
itu sebagai batu asas, Irfan berpesan agar setiap kita tidak perlu
hipokrit dalam kehidupan. Perlu jadi diri sendiri. Jika sudah bergelar
jutawan, tidak bermakna perlu berkot atau berkereta besar tetapi
jadilah diri seadanya.
Mengambil Amy(Search)
sebagai idola, baginya Amy bijak menggunakan popularity yang dimiliki
untuk berdakwah. Meskipun satu ketika pernah berada dalam dunia rockers,
Amy tidak pernah meninggalkan kewajiban sebagai seorang hamba. Menurut
Irfan, beliau pernah mendengar penyanyi yang terkenal dengan lagu
Isabella ini menunaikan solat hajat sebelum mengadakan konsert. Bukankah
agak mustahil jika dinilai daripada luarannya?!
Selain itu, Irfan turut menyeru agar setiap kita cuba melihat kepada
kekuatan yang ada dalam diri. "Jika mahu berjaya dalam perniagaan,
pastikan yang dipilih ialah business yang diminati, " kata Irfan
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet. com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN
INTERNET
|