MASKULIN
Irfan Khairi: Jutawan Siber

Pasti ramai yang meraguinya.Apa tidaknya,kerana bisnes yang dimulakan oleh pemuda ini berputik di luar Negara,United Kingdom sebaik tamat pengajian.Tambah lagi,bisnes yang dijalankan tidak nampak dek mata kasar dan tidak glamour berbanding bisnes-bisnes lain.Seiring dengan gaya penampilannya yang begitu ringkas,sekali gus menyukarkan ramalan kejayaan yang telah dikecapi.

Bisnes yang dijalankan secara siber oleh Irfan Khairi tidak mengikat dirinya untuk berada di sesebuah tempat.Justeru membolehkan dirinya kembali ke tanah kelahiran setelah beberapa tahun bertapa di bumi Ratu Elizabeth.

Irfan Khairi bukanlah jenis manusia yang kedekut dengan ilmu,malah mula mengatu perancangan untuk mengadakan sesi bengkel motivasi dan ceramah sebagai langkah awal dirinya berkongsi dengan khayalak,terutama golongan muda negara ini mengenai pengalaman yang telah meletak tapak sekukuh dirinya sekarang.

Menyedari buku antara medium yang popular dalam menyampaikan maklumat,Irfan Khairi yang dilahirkan pada bulan Disember 1976,turut berusaha menerbitkan buku-buku berunsurkan motivasi.Karya sulungnya,"Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" telah pun siap dibukukan.Ikuti temu bual MASKULIN dengan pemuda yang bercita-cita menjadi ikon bisnes siber ini.

Maskulin:
Apakah perasaan anda setelah bergelar jutawan di usia muda dengan usaha titik peluh sendiri?

Irfan Khairi:
Secara peribadi agak gembira, kerana hasrat saya untuk mencapai pendapatan lebih RM1 juta telah tercapai.Tapi saya masih tidak merasakan diri ini seorang jutawan memandangkan perjalanan saya masih jauh.Cuma apa yang saya banggakan secara peribadi,apabila sasaran atau matlamat yang saya letak sewaktu berusia 19 tahun berjaya, untuk menjadi jutawan.Sekarang saya sedang berusaha untuk mencapai matlamat yang seterusnya.

Maskulin:
Bagaimana anda terlintas untuk menceburi perniagaan secara siber atau internet ini?

Irfan Khairi:

Sewaktu belajar di United Kingdom, perniagaan melalui internet adalah satu perkara biasa dan rata-rata masyarakat Eropah dan Barat mengaplikasikan perkhidmatan ini.Bila habis belajar, saya dapat tawaran kerja dengan salah sebuah firma multimedia di sana.Menyedari ramai kawan-kawan saya melakukan bisnes ini, saya cubalah.Waktu tu secara part-time saja.Selepas enam bulan, saya dapati pendapatan bisnes part-time saya jauh lebih tinggi dari pendapatan full-time.Jadi saya buat keputusan untuk menumpu sepenuh perhatian kepada perniagaan internet.Secara langsung, saya terpengaruh dengan persekitaran, ramai kawan-kawan saya telah berjaya melalui kaedah ini.Bisnes ini tiada sempadan, ia fleksibel, kos permulaa yang rendah dan boleh beroperasi di mana-mana saja.

Maskulin:
Apa yang anda niagakan?

Irfan Khairi:
Macam-macam, dari seringkas penjualan peta,penempahan hotel,mereka cipta E-buku,mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), perunding Multimedia,E-Niaga,kaedah pembelajaran dan sebagainya.Saya juga memasukkan buku-buku sebagai antara produk yang diniagakan termasuk buku yang ditulis oleh saya,"Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar".

Maskulin:
Boleh terangkan bagaimana bisnes anda beroperasi?

Irfan Khairi:
Saya mempunyai beberapa laman web, contohnya laman web yang mempromosikan peta Malaysia.Jika ada pembeli, mereka akan membuat pembayaran melalui kad kredit dan bayaran tersebut akan masuk ke akaun saya melalui perkhidmatan merchant account.Kemudian saya akan hantar peta tersebut dengan menggunakan perkhidmatan courier kepada pembeli.

Maskulin:
Apa kelebihan bisnes melalui internet?

Irfan Khairi:
Sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia begitu fleksibel,dari segi harga, lokasi pengoperasian dan jumlah pelanggan yang tidak terbatas kerana perkhidmatan internet tanpa batasan.Sebagai contoh,saya meletakkan harga tertentu pada sesebuah produk,sekiranya ia gagal menarik ramai pelanggan, saya boleh menurunkan harganya.Ia berbeza dengan pemasaran yang menggunakan kaedah cetakan.

Maskulin:
Bagaimana dengan modal?

Irfan Khairi:
Bisnes ini tak perlukan modal yang besar.Mungkin secara kasar, kita lihat ia memerlukan sebuah computer, talian internet dan sebagainya.Asasnya, kena laburkan untuk computer,talian internet dan beberapa kos lain.

Maskulin:
Apa rahsia utama kejayaan anda?

Irfan Khairi:
Rasanya tak ada apa-apa rahsia, Cuma saya suka mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.Kaji bagaimana mereka boleh berjaya dan cuba aplikasi ke atas diri sendiri.Selain itu, perlu disiplin yang tinggi dan buatlah sesuatu untuk capai matlamat yang disasarkan.

Maskulin:
Pada pendapat anda, adakah bisnes secara internet mampu diaplikasikan di negara ini memandangkan kadar celik dan penggunaan IT yang masih rendah?

Irfan Khairi:
Saya rasa boleh, tapi saya tidak terikat kepada pasaran tempatan memandangkan bisnes internet boleh diakses dari serata pelosok dunia tanpa sempadan.Mungkin yang menjadi permasalahan ialah tahap keyakinan masyarakat kita untuk berurusan melaui internet.

Maskulin:
Adakah seseorang mampu berjaya dalam bisnes ini tanpa latar belakang IT (teknologi maklumat ) dan dalam tempoh yang singkat?

Irfan Khairi:
Saya bukan graduan dalam bidang IT tetapi dalam bidang multimedia.Jika saya boleh berjaya, kenapa orang lain tidak boleh.Usaha dan kreativiti memainkan peranan utama.Jika kita menyedari factor utama yang boleh membantu kita berjaya, kenapa tidak mengaplikasikannya? Jika melakukan dengan penuh tumpuan dan ketekunan, tidak mustahil boleh berjaya dalam masa yang singkat.Pengalaman saya membuktikan segala-galanya.

Maskulin:
Pernahkah anda menghadiri sesi bengkel ceramah atau motivasi sebelum ini sebagaimana perancangan yang bakal anda lakukan untuk mengadakan siri ceramah dan motivasi?

Irfan Khairi:
Saya tidak suka berkongsi sesuatu jika tidak tahu sejauh mana kebenaran atau terbukti ia adalah baik.Saya banyak menghadiri sesi ceramah dan motivasi sebelum ini,tapi saya pilih siapa yang mengendalikannya.Kalau penceramah itu terbukti kejayaannya,baru saya ikuti.Namun secara peribadi, saya banyak membaca buku motivasi.Sewaktu belajar, saya terpaksa bekerja sebagai cleaner untuk dapatkan wang beli buku-buku motivasi.

Maskulin:
Sejauh mana anda rasakan sesi bengkel motivasi atau ceramah mampu menjadi inspirasi seseorang untuk berjaya?

Irfan Khairi:
Setelah melaluinya dan mendapati ia banyak mendorong untuk mencapai matlamat, saya merasakan ia perlu dikongsi bersama terutama kepada masyarakat kita. Pengalaman yang telah saya lalui ini membuktikan faktor motivasi amat penting terutamanya bila berhadapan dengan masalah.

Maskulin:
Tidakkah anda merasakan melalui perkongsian 'rahsia' ini akan menghadkan pasaran bisnes anda?

Irfan Khairi:
Tidak, dalam dunia bisnes, mesti ada persaingan dan saya menganggap persaingan ini sesuatu yang positif. Selain berkongsi pengalaman, sekurang-kurangnya saya dapat menceritakan strategi perniagaan yang tidak melibatkan kos yang besar dan mampu diusahakan oleh semua orang.

Maskulin:
Azizi Ali (penulis buku motivasi terkenal) ada mengatakan anda 'walks the talks' atau cakap serupa bikin, adakah itu antara keperibadian anda?

Irfan Khairi:
Seperti yang saya jelaskan tadi, saya suka berkongsi perkara yang terbukti kebenarannya dan ia mungkin secara semula jadi lahir dalam diri saya. Kalau saya mengakuinya, mungkin ramai akan mengatakan saya syok sendiri. Saya agak mengenali Azizi Ali dan dia adalah antara klien saya. Dia memberi penilaian sebegini mungkin kerana sikap dan gaya saya sepanjang perkenalan kami.

Maskulin:
Pernahkah anda berhadapan dengan masalh sepanjang terlibat dalam bisnes ini?

Irfan Khairi:

Masalah tetap ada, tapi tidaklah besar hingga membantutkan perjalanan bisnes.

Maskulin:
Apa yang anda lakukan dengan kekayaan yang dimiliki?

Irfan Khairi:

Saya banyak membuat pelaburan ke atas asset, harta seperti rumah, tanah dan sebagainya. Saya bukan jenis manusia boros. Dan saya selesa dengan gaya hidup ringkas. Kadang-kadang orang tidak percaya saya berstatus jutawan dengan penampilan saya yang memang simple. Saya rasa tiada guna untuk berpenampilan seperti warga korporat lain memandangkan saya tidak perlu berjumpa dengan klien atau pelanggan untuk berurusniaga. Tapi pada masa depan, belum tahu lagi. Mungkin buat masa ini tidak perlu memandangkan 'pajabat' saya hanya di rumah.


Maskulin:
Tidakkah anda merasakn premis pejabat itu satu kemestian?

Irfan Khairi:

Tidak, sebelum ini pun saya beroperasi dari rumah. Apa yang diperlukan ialah komputer, talian internet dan produk yang dipromosikan.

Maskulin:
Bagaimana anda meyakini klien tanpa pertemuan empat mata?

Irfan Khairi:

Sepanjang melibatkan diri dalam bisnes ini, saya tidak pernah bertemu dengan klien. Penghasilan produk yang menarik akan memikat hati klien, kalau di Eropah atau Amerika Syarikat, mereka telah biasa dengan bisnes ini. Saya akan meyakinkan klien dan pelanggan-pelanggan dengan kecermelangan perkhidmatan dan produk yang saya sediakan.

Maskulin:
Setiap orang ada idola masing-masing, bagaimana dengan anda?

Irfan Khairi:

Idola saya, Cory Rudl dan Ken Evoy. Mereka adalah antara individu terawal yang telah berjaya dalam perniagaan melalui internet, malah pendapatan mereka melebihi RM40 juta setahun.

Maskulin:
Apakah matlamat jangka panjang anda?

Irfan Khairi:

Untuk menjadi ikon kepada kejayaan perniagaan berasaskan internet di negara ini.


HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET