NUR
"Irfan
Khairi: Bukan Senang Nak Jadi Jutawan"
Sekali
imbas, dia hanya seorang anak muda biasa. Tetapi selepas mengenalinya
dalam tempoh yang relatif singkat, saya tahu yang membezakan dia
daripada orang lain, adalah kesunguhan dan usaha kerasnya.
Sebenarnya
jika kita melihat ada seseorang yang hebat, kehebatan yang diperoleh
individu itu bukanlah dengan jalan mudah atau sekelip mata.
Noor Irfan Khairi
Noor Azmi, 28, dia sememangnya seorang yang bercita-cita tinggi. Sejak
usia 19 tahun, ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara [UiTM]
sebelum berangkat ke United Kingdom, dia memesang niat dalam hati
mahu menjadi seorang jutawan.
'Sekadar pasang
niat ketika itu . Tapi ketika itu, saya belum nampak apa cara terbaik. Cuma
bagi saya, kalau mahu sesuatu, mesti ada matlamat. Itu rahsia kejayaan
kerana tanpa matlamat, kita tak tahu ke mana kita'Katanya dalam pertemuan
dengan NUR di banglo kediamannya di Seremban 2, baru-baru ini.
Selepas tamat
ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di Staffordshire University, United
Kingdom, Irfan Khairi menerima tawaran bekerja di Net Media [UK]
Ltd, sebuah syarikat teknologi maklumat terbesar di Brimingham. Pada
tahun kedua bekerja di syarikat berkenaan, dia memulakan perniagaan
internet yang beroperasi dari kediaman secara sambilan.
Dalam tempoh
setahun, selepas beroleh pendapatan lebih lumayan, Irfan Khairi mengambil
keputusan berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh pada perniagaannya. Selepas
tiga tahun perniagaan internetnya beroperasi, dalam usia 25 tahun, anak
muda ini beroleh untung bersih RM1 juta dan pendapatan itu melayakkannya
bergelar jutawan seperti yang dicita-citakan.
TIADA TEKNIK
TERBARU
Nampak mudah
bukan?Duduk di rumah sekadar mengadap laptop dan internet, tetapi
beroleh pendapatan begitu lumayan
'Tak mudah sebenarnya, saya tak kaya dengan cepat. Saya usaha keras, korbankan
banyak masa. Tiada jalan pintas sebenarnya. Saya letak sasaran sejak
usia 19 tahun. Saya sudah baca kisah orang-orang yang berjaya dan
itu beri motivasi. Selama tuga tahun saya berusaha keras untuk dapat
apa yang saya mahu, 'Katanya cepat menangkis kenyataan saya.
Idea perniagaan
internet diperoleh Irfan Khairi daripada latar belakang dan minatnya
dalam bidang multimedia. Perniagaan internetnya meliputi perkhidmatan
reka bentuk laman web, e-book, grafik, di samping menjual produk seperti
peta Malaysia dan mengambil tempahan secara dalam talian. Sementara
pelanggannya pula dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, UK, Eropah
sehingga Timur Tengah.
'Dalam perniagaan
ini, kita perlu belajar cara betul di samping usaha keras. Kalau kerja
keras tetapi caranya salah, tentu tak capai sasaran. Begitu juga kalau
teknik betul tetapi tidak usaha kerja keras, tak berjaya juga, ' tegasnya.
Kata Irfan Khairi, dia
tidak mencipta kaedah atau teknik baru dalam menjalankan perniagaan
internet. Sebaliknya dia mengkaji kejayaan yang dicapai oleh orang
lain yang berjaya dalam bidang ini dan menggunakan teknik yang sama
seperti mereka.
'Sebenarnya
sewaktu belajar dahulu, saya pernah cuba-cuba jalankan perniagaan
internet. Walaupun cuba-cuba, tapi saya buat secara serius. Malangnya
tak berhasil. Saya gagal ketika itu. Dari situ saya kaji kegagalan
dan perbaiki apa yang kurang, 'Katanya.
Memulakan perniagaan
dan tinggal di United Kingdom, Irfan Khairi mengambil keputusan untuk
balik menetap di tanah air tahun lalu. Katanya dia letih berulang
alik antara UK Malaysia dan menampung kos hidup yang tinggi. Lagipun
katanya, sudah sampai masa, dia dan isteri, Shazrina Mohd Yusuf, 28, dan
dua anak kecil mereka, Ilham Abadi, 3 tahun dan Kasih Kamilia Abadi, setahun, kembali
menetap di Malaysia.
'Lagipun perniagaan
internet boleh di jalankan di mana-mana. Balik ke sini saya sambung
semua usaha yang saya mulakan di UK dahulu, 'Kata pasangan ini yang
baru sebulan menetap di rumah impian yang menjadi kediaman baru
mereka di kawasan perumahan mewah itu.
ISTERI JADI
PEMBANTU PERIBADI
Anak ke dua
daripada tiga beradik yang dibesarkan di ibu kota ini berkata, walaupun
berkerja dari rumah tetapi dia berusaha mendisplinkan waktu kerja
seperti orang bekerja pejabat[malah mungkin lebih daripada itu].
Sejak dahulu katanya, dia mengurangkan waktu menonton televisyen
terhad sejam seminggu untuk rancangan tertentu]dan tidak keluar
jika tiada urusan mendesak. Malah ketika diberikan skala antara
satu hingga sepuluh, kata Irfan Khairi, tahap disiplinnya berada
di tangga sembilan!
'Saya tak pernah
merunggut mengenaai hal itu. Saya tak kesah kalau tak dapat tengok
televisyen atau tak keluar macam orang lain. Itu bukan tekanan bagi
saya sebab saya memang suka apa yang saya buat, 'tegasnya.
Katanya, Shazrina
orang paling akrab dengannya dan ibarat setiausaha serta pembantu
peribadinya. Isterinya itulah yang menjawab panggilan telefon, mengatur
jadual jika ada temujanji dan menguruskan kerja-kerja 'pejabat'
yang tidak dilakukannya. Malah Irfan Khairi ketawa panjang ketika
diusik orang yang suka internet dianggap manusia pelik dan boleh
bertahan tidak makan dan minum kerana melayari internet.
'Saya tidak
ketagih internet, saya manusia normal, Saya juga peruntukkan masa
untuk bawa keluarga keluar berjalan-jalan. Sebab kami bekerja di
rumah, jadi kami boleh keluar pada hari bekerja. Kalau nak ke KLCC
umpamanya, tidaklah kami bersesak-sesak dengan orang lain, 'ujarnya
yang mendirikan rumahtangga empat tahun lalu selepas berkenalan
dengan SHAZRINA DI Brimingham.
Wanita kelahiran
ibu kota dan graduan perhotelan ini pula, ketika ditanya tidakkah
jemu 24 jam mengadap muka suami, sekadar ketawa dan menjawab, 'Suami
sibuk dengan kerja dia, saya layan anak-anak. Kalau dia bekerja, saya
memang tak benarkan anak-anak ganggu. 'Sedang hamil anak ketiga, bakal
menimang cahaya mata ketiga hujung tahun ini.
Bagi Irfan Khairi,
bergelar jutawan bukan bermakna mengejar kemewahan dan materialestik. Sebaliknya
tahap jutawan dijadikan sebagai kayu ukur untuk menilai usaha kerasnya
ketika bekerja. Dengan kata lain, lebih banyak pendapatan diperolehi, bermakna
lebih banyak usaha yang dicurahkannya ketika bekerja.
UBAH PARADIGMA
MASYARAKAT
Mengulas memgenaai
pandangan warga Malaysia mangenaai perniagaan internet, Irfan Khairi
mengakui masih ada kekurangannya. Di luar negara katanya, tiada siapa
yang mempertikaikan aspek keselamatan atau sampai atau tidak sesuatu
produk yang ditempah secara dalam talian.
'Tapi di sini,
apabila saya bercerita, soalan lazim yang ditanya, 'Boleh percaya
ke?Saya nampak inilah mentality kebanyakan orang Asia. Bagaimanapun
dengan perkembangan internet dan teknologi yang diperkenelken kerajaan, saya
yakin oreng semakin yakin, 'jelasnya.
Begitu juga
katanya, internet selalu dikaitkan sebagai medium yang negatif, penuh
bahan lucah dan penipuan secara maya. Malah jarang-jarang sekali
kejayaan orang islam dalam perniagaan internet diperkatakan. Justeru
berharap usahanya dapatmembuka mata orang ramai, bahawa orang melayu[islam]
juga boleh berjaya melalui medium internet dan seterusnya mengubah
paradigma masyarakat.
Mahu kongsi
idea dan memberi motivasi kepada orang melayu lain, Irfan Khairi
bercadang mengadakan bengkea untuk mengajar cara betul dalam perniagaan
internet.
Satu kepuasan
baginya untuk mendidik dan mengajar orang ramai. Malah usahanya telah
dicurahkan melalui bukunya 'Rahsia Jutawan-jutawan Terbongkar' yang
menjelaskan secara terperinci kaedah memulakan perniagaan internet. Malah
dia berharap, ini sekurang-kurangnya dapat memberi idea terutamanya
kepada graduan menganggur supaya menggunakan medium ini untuk berkerja.
'Bagi saya,
kejayaan milik semua, tak kira muda atau tua. Apa yang saya capai
ini, jika di bandingkan dengan pencapaian kawan-kawan saya di luar
negara, memang jauh lebih rendah. Tapi di sini, perniagaan internet
adalah sesuatu yang jarang anak melayu lakukan. Yang penting, jangan
takut mencuba, 'ujarnya.
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet. com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN
INTERNET
|