55 Idea Perniagaan Menjual Produk
dan Perkhidmatan di Internet
Salam
sejahtera,
Soalan
yang sering saya terima dari pembaca buku Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet adalah: "Perniagaan apa yang boleh saya mulakan
di Internet?". Kumpulan 55 Idea Perniagaan ini adalah bertujuan
untuk menjawab persoalanan ini
.
Terdapat
berbagai-bagai peluang perniagaan di Internet, terlalu banyak untuk
disenaraikan, mudah-mudahan kumpulan 55 Idea Perniagaan ini sekurang-kurangnya
dapat membuka mata anda tentang kepelbagaian peluang perniagaan
di Internet.
Jawapan
untuk soalan "Perniagaan apa yang boleh saya mulakan di Internet?"
adalah berbeza bagi setiap insan. Bagi saya, perniagaan permulaan
saya adalah mereka cipta grafik (perkhidmatan) yang di mulakan pada
tahun 1999.
Melalui
perniagaan tersebut mebolehkan saya berjaya mencapai cita-cita saya
memperolehi pendapatan RM1,000,000 pada tahun 2002. Ketika
itu saya berumur 25 tahun. Sehingga kini, saya masih menjalankan
perniagaan Internet tersebut oleh kerana ianya adalah minat saya
sejak kecil lagi.
Bagi
anda, mungkin reka cipta grafik bukan untuk anda. Mungkin bakat
anda adalah dalam bidang nyanyian? Atau sukan? Atau bercucuk tanam?
Atau memasak? Tidak kira apa jua bidang anda, fikirkan peluang perniagaan
berkaitan dengan bidang anda yang boleh diimplementasikan di Internet.
Kumpulan
55 Idea Perniagaan ini bukan sekadar senarai laman-laman web contoh.
Juga, terdapat komen dan nota untuk anda fikirkan sejenak bagaimana
ia dapat diubah atau diimplimentasikan kepada industri anda.
Sebagai tambahan, apabila anda merujuk senarai yang diberikan, akan
terdapat logo RahsiaInternet
logo
tersebut menandakan "Tips" daripada saya. Berhenti
sejenak dan baca tips-tips yang diberikan. Kemudian, fikirkan bagaimana
ianya dapat membantu anda. Dengan berbuat demikian, secara perlahan-lahan
idea akan tiba ke minda anda. Satu permintaan dari saya, apabila
anda mendapat walaupun satu idea (tak kira walaupun sekecil mana),
ambil pen dan kertas dan tuliskannya!
Latihan
menulis idea sejurus selepas anda mendapat sesuatu idea adalah untuk
memastikan anda tidak terlupa idea tersebut, tambahan, dengan menuliskannya,
anda pasti akan dapat lebih banyak lagi idea untuk mengembangkan
idea yang kecil itu tadi.
Akhir
kata, kumpulan idea ini hanya mengandungi 55 Idea Perniagaan sahaja.
Pada hakikatnya, idea perniagaan adalah TIDAK TERHAD. Apa yang sering
menghadkan sesuatu idea adalah fikiran kita sendiri.
Oleh
itu, bukakan fikiran dan beri peluang idea-idea perniagaan yang
berkaitan dengan bidang anda bermain di ruang minda anda.
Semoga
berjaya!
Irfan
Khairi
www.RahsiaInternet.com
Klik
untuk terus ke...
Laporan: 55 Idea Perniagaan Menjual
Produk dan Perkhidmatan di Internet
Klik di sini...
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS
PERNIAGAAN INTERNET
|