My
SIFU!,
Yup!
I am very proud to call you My Sifu, Irfan. Tidak pernah terlintas
oleh saya selama ini yang saya akan mempunyai seorang guru di dalam
bidang perniagaan internet. Alhamdulillah!
saya amat bersyukur
kerana Allah telah menemukan kita dan telah membuka hati saudara
Irfan untuk membimbing saya.
Setelah
sekian lama saya mencuba berniaga secara sendiri dan juga cuba mencari
rezeki melalui internet tetapi saya tidak pernah berjaya. Lalu saya
mulai terfikir yang sekiranya saya mahu benar-benar berjaya dan
pergi jauh, saya amat memerlukan bimbingan dari seseorang...
Sebenarnya
telah bertahun-tahun saya berdoa kepada Allah s.w.t dan sembahyang
hajat memohon agar Tuhan menemukan saya dengan seseorang yang dapat
membimbing saya ke arah setinggi-tinggi kejayaan di dalam perniagaan
online maupun offline. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan
bahawa pada 3 bulan yang lalu, Allah telah menunaikan hajat saya.
Dan dia telah membuka pintu hati saya untuk menyertai workshop Rahsia
Internet dengan hanya sekali melayari websitenya dan dengan hanya
sekali baca.
Syukur
kepada Tuhan sekali lagi, kerana di situlah Allah telah menemukan
saya dengan saudara Irfan yang sekarang saya anggap Sifu saya. Kini,
dengan pertolongan yang jitu dan bimbingan yang padat dari Sifu,
akhirnya saya telah berjaya mempunyai perniagaan online, www.halalgelatine.com
Dari perniagaan website ini saya telah mendapat banyak pesanan
untuk membeli gelatin halal dari seluruh pasaran tempatan dan juga
luar negara seperti Indonesia, England dan terbaru dari Brunei.
Dan saya tersangat yakin perniaggaan online saya ini akan bertambah
maju lagi selepas ini.
Saya
rasa diri saya sangat bertuah kerana Sifu telah mencurahkan berbagai
maklumat yang tepat dan tidak pernah saya ketahui tentang internet
sehinggakan websites saya berada di dalam top 5 di setiap search
engines utama. Malah, Sifu juga telah banyak berkongsi pengalaman
dan pengetahuan dengan saya sehingga websites saya juga telah dapat
menaikkan jualan di kedai Halagel yang diusahakan bersama kakak
saya Pn Siti Zawiah (Kak Nor).
Dengan
kejayaan di dalam waktu yang agak singkat ini, pihak syarikat Halagel
yang mengeluarkan produk kami juga turut kagum dan berbangga dengan
komitment kami menyediakan website yang berkualiti tinggi dan benar-benar
fokus terhadap produk mereka. Sekali lagi saya bersyukur dan teramat
berterima kasih pada Sifu Irfan Khairi dan krew Rahsia Internet
kerana telah membimbing saya membuat website yang sangat bagus itu.
Sekali
lagi, beribu-ribu terimakasih yang tak terhingga pada Sifu. Kerana
Sifulah saya dan Kak Nor berjaya sejauh ini.Tambahan pula kini,
kami berdua telah diminta oleh pihak pengurusan Halagel untuk menjadi
sebahagian daripada jurucakap produk mereka. Dan ini semua adalah
hasil dari kejayaan kami menjual di online dan juga offline dengan
jayanya.
Akhir
kata, jasa Sifu hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya. Di
sini saya hanya boleh memanjatkan doa agar saudara Irfan sekeluarga
sentiasa diberkati Tuhan dan selalu dimurahkan rezeki. Insya-Allah.

Razzi
Rahman
Ceo, Halal Gelatine Hub
INTERNATIONAL
http://www.halalgelatine.com
Klik di sini untuk
maklumat lanjut
Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi
"Usahawan
Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"
Razzi
Rahman, salah satu peserta Workshop
Jutawan Internet telah mengambil peluang ini memasarkan produk
berteraskan Islam ke seluruh dunia. Laman webnya, www.halalgelatine.com
kini mendapat pesanan dari negara-negara luar di samping itu, beliau
juga telah dipilih menjadi jurucakap rasmi bagi produk Halagel!
Workshop
Jutawan Internet bukan sahaja membantu peserta mencapai kejayaan
dalam perniagaan Internet sahaja, tetapi konsep minda Jutawan yang
ditunjukkan turut membantu kejayaan bukan Internet juga.
Kami
amat berbangga dengan usaha Razzi dan Kak Nor selepas meyertai Workshop
Jutawan Internet. Doa kami untuk kejayaan mereka yang lebih cemerlang
seterusnya!
"Usahawan
Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"
Majalah i, Julai 2006 (Majalah Islamik terbitan Kumpulan Karangkraf)
Figur: Temuramah Irfan Khairi
Klik
di sini untuk maklumat lanjut
Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN
INTERNET
|