Anda
tidak perlu mahir dalam bahasa Inggeris, namun jikalau anda
sekadar tahu dan memahami bahasa Inggeris, sudah memadai untuk
memulakan perniagaan di Internet. Ini adalah kerana perniagaan
anda tidak semestinya untuk pasaran antarabangsa. Perniagaan
Internet juga boleh dijalankan untuk pasaran Malaysia sahaja
dan bahasa Melayu boleh digunakan. Pasaran Internet di Malaysia
adalah amat luas dengan jumlah pengguna Internet menghampiri
18 juta pengguna di seluruh Malaysia dan kian meningkat.
Tambahan
pula, jika diambil kira rakyat Singapura, Brunei dan Indonesia
yang memahami Bahasa Malaysia, jumlah tersebut adalah melebihi 40 juta.
Namunbegitu,
jikalau anda mahir berbahasa Inggeris, anda dapat mencapai
pelanggan sedunia yang lebih besar bilangannya.
|